Friday, October 7, 2011

Makkkk ......Sayang Makkk

Mak di masukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, akibat lelah..sememangnya mak ada sakit berkaitan jantung, darah tinggi, kencing manis...

Mak yang ku kenali adalah seorang yang tidak pernah kenal erti penat...ada jer keja nak buat....macam aidilfitri baru nie...dia puasa 6, orang lain x puasa...bersusah payah nak memasak untuk kitaorang yang xpuasa nie...kadang2 terpaksa marah untuk suruh dia berehat....

Ni masa Mak kat Wad...kami adik beradik berulang gi melawat mak...sememangnya mak tiada telus gantinya...sesiapapun yang bergelar seorang anak...pastinya akan menyayangi ibunya...


Hospital yang mana mak ditempatkan selama 4 hari..


Masa nie hari terakhir aku melawat mak sebelum kami sekeluarga berangkat balik ke Kuala Lumpur, Alhamdulillah mak dah nampak sihat sikit....Mak discharge beberapa jam selepas kami bertolak balik KL...